Saturday, February 11

Be there.

Heyyy,
Its been a while. I terlupa nak update blog haha.

So, dah jadi rutin harian kejut Abang pergi kerja. I suka. Suka sangat, sebab bila Abang minta "Sayang, esok kejut i bangun boleh?" i rasa diperlukan. Walaupun small matter, but small matters ni yang selalu buat i happy sebenarnya. Kalau Abang tak minta kejut pun i kejut je hari hari, kalau gaduh pun i kejut juga Abang pergi kerja, walaupun i tengah merajuk masatu. Sebab nanti i yang risau Abang dah sampai office ke belum haha. Tahu lah i, cepat gelabah. Lagisatu, i suka dengar suara Abang setiap pagi sebelum pergi kelas hehehe

Sebenarnya harini i nak cerita pasal small matters yang Abang selalu buat, yang buatkan i happy sentiasa. Salah satu nya Abang details. Maksudnya Abang selalu bagitahu sampai rumah pukul berapa. Walaupun dia dah sampai sejam lepas, dia akan whatsapp i "sayang i dah sampai rumah pukul 8 suku tadi. I charge phone kejap". Hey, susah nak dapat orang yang bagitahu macam ni. Bagi sesetengah orang benda ni semak, merimaskan. Tapi bagi i, i hargai sangat sangat bila orang buat macam ni kat i. I akan rasa dihargai juga, dan rasa diri ni penting.
Lepastu, morning and night wishes. Actually morning wishes ni yang buat i jatuh hati kat Abang haha. Sebab sebelum declare pun abang selalu whatsapp pagi masa pergi kerja tu "Good morning waseh. Sorry semalam i tertidur". I jarang dapat morning wishes ni. I happy sangat bila bangun dapat text macam ni. 
Then, kalau gaduh, lepas dah selesai tu Abang akan terus cakap "sorry sayang". Hati i terus lembut dengar Abang cakap macam tu. Yelah masa gaduh kan tengah panas geram pebenda semua. I rasa puas hati sebab kalau gaduh dengan Abang dia akan cakap benda logik, yang masuk dek akal. I tahu dia nak menang tapi cara dia betul. Apa yang dia cakap i boleh terima and i boleh balas balik. Sebab tu i cakap puas hati kalau gaduh dengan Abang. Dia bukan jenis gaduh lepastu diam. Konon nak bagi ruang apa kemenjadah, takpun lari, takpun maki hamun sebab marah sangat. Tak tahu lah, i tak pernah rasa nak maki Abang walau macam mana marah pun i.
And lepastu, walau macam mana busy pun Abang tetap reply text, even tengah kerja. Kadang lepas 2 3 jam Abang baru reply. I tak kisah sebab sebelum declare pun memang text macam tu, but tak pernah putus text. Lagipun Abang kerja and i dah bagitahu Abang kalau free baru whatsapp. Tapi Abang cakap boleh je whatsapp cuma reply lambat lah. Lagilah buat i sayang kat Abang lebih 😘

Sebenarnya banyak lagi small matters Abang selalu buat yang i suka sangat. Tapi i nak tulis ni jeh haha. Mesti engkorang cakap "eleh tu je pun". Ha'ah, tu je pun, tapi ni lah benda benda kecil yang buat i jatuh hati kat Abang. Sebab apa i panggil Abang? Sebab dia matang, tak macam you! Hew. Okay lah, toodles!

No comments:

Post a Comment